Saturday, 10 September 2016

Cara mudah renew passport secara online

Perkara yang ramai tidak suka ketika memperbaharui passport: beratur dan menunggu nombor giliran
"Kan best kalau boleh renew passport secara online!"



Biasanya dari awal pagi lagi pejabat imigresen sudah penuh dengan ramai orang yang ingin membuat urusan berkenaan memperbaharui passport atau memohon passport baru. Sekalipun anda datang sebelum pejabat dibuka, kebiasaannya ramai orang telah pun beratur di luar pintu pejabat kerana mahukan nombor giliran yang awal.

Seandainya anda seorang pekerja dan hanya meminta izin dengan bos untuk keluar seketika untuk renew passport, tentu sahaja anda tidak mahukan urusan tersebut delay atau mengambil masa yang lama. Hakikatnya, ianya akan mengambil masa yang lama kerana bukan anda seorang sahaja yang ingin renew passport anda, tetapi ramai lagi. Maka, anda akan terpaksa menunggu dan mendapat nombor giliran yang lambat.

Apa nak cakap dengan bos kalau dah terlambat sangat balik semula ke office?

Untuk mengelakkan masalah ini, mungkin anda fikir lebih baik untuk renew passport anda pada hari minggu.
Tetapi perlu diingatkan, pada hari minggu ini lah lebih ramai yang ingin membuat urusan ini. Tentunya lebih ramai orang yang akan berkunjung ke UTC untuk renew passport. Maka tidak pelik jika anda datang di awal pagi dan passport anda hanya siap pada lewat petang hari tersebut.

Bagaimana untuk  mengelakkan perkara ini?
Jangan risau. Ada berita baik untuk anda.

Kerajaan telah mula memperkenalkan proses pembaharuan passport secara online baru-baru ini. Melalui website MyOnline Passport, anda kini boleh renew passport anda secara online dengan mengisi maklumat yang diperlukan, upload gambar dan membuat pembayaran. Selesai permohonan, anda akan diberikan tarikh dan masa untuk mendapatkan passport baru. Anda kenudian hanya perlu datang dan collect sahaja passport anda. Tak perlu lagi beratur panjang dan mengambil nombor giliran.

Walaubagimanapun, perkhidmatan ini hanya boleh dilakukan menggunakan kad kredit sahaja buat masa ini. Pembayaran melalui online banking seperti maybank2u mungkin akan dibolehkan dalam masa terdekat.

Bagi anda yang ada kredit kad dan ingin travel ke luar negara, mungkin anda boleh cuba untuk renew passport anda secara online di MyOnline Passport dan rasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan baru ini.

Kredit: Amanz 

2 comments:

  1. done follow backkk ..☺☺☺

    ReplyDelete
  2. salam singgah!! wah senang la renew online jak lepas ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...