Sunday, 4 September 2016

5 sebab kenapa anda perlu pergi bercuti

Salam guys,

Anda sudah bekerja?
Atau anda masih belajar dan sering berasa stress dengan study dan exam di kampus?
Anda perlu baca ini!!



Bagi anda yang telah bekerja, mungkin anda pernah mengalami keadaan yang sangat sibuk dengan tugasan kerja yang kadang-kalanya terbawa-bawa sehingga ke rumah sehinggakan keuarga, kawan-kawan dan orang yang dekat dengan anda pun diabaikan.

Sememangnya anda sangat kisahkan pekerjaan anda kerana itulah sumber pendapatan anda tetapi perlu juga  diingat untuk menghargai orang yang terdekat sebelum timbulnya rasa penyesalan dengan ketiadaan mereka. Sebab itulah anda perlu luangkan sedikit masa untuk orang yang tersayang seperti merancang untuk bercuti bersama-sama. Banyak kebaikan bercuti ni...


Kenapa anda perlu bercuti?

1. Mengurangkan rasa stress
Apabila anda terlalu lama bekerja dan melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memperuntukkan masa untuk bercuti, anda akan berasa cepat penat semasa bekerja dan mungkin timbul rasa bosan dalam diri anda kerana terpaksa menghadapi masalah yang sama setiap hari. Ini akan menyebabkan anda stress dan tidak seronok bekerja.


Oleh itu, ada baiknya anda mengambil cuti dan makan angin di mana- mana tempat menarik untuk menenangkan fikiran anda disamping menikmati keindahan ciptaan Allah di atas bumi ini. Di dalam Islam juga kita sememangnya digalakkan untuk mengembara di dunia ini supaya fikiran kita terbuka deengan lebih luas.


2. Badan lebih sihat
Menurut kajian daripada State University of New York di Oswego, seramai 12, 000 orang yang  yang diambil kira dalam kajian, didapati mereka yang kerap bercuti mempunyai risiko mati awal 20% lebih rendah berbanding yang tidak pergi bercuti. Ini kerana mereka yang meluangkan masa untuk bercuti mempunyai work life balance yang lebih baik berbanding mereka yang hanya hidup untuk kerja sahaja.


3. Meningkatkan produktiviti
Dengan pergi bercuti bersama rakan-rakan atau pun keluarga, anda akan dapat menikmati saat-saat gembira bersama orang-orang yang anda sayang. Perasaan gembira ini sangat penting dalam diri setiap manusia. Apabila anda berasa gembira, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap positif yang sedia ada itu juga mampu dibawa-bawa ke pejabat setelah anda mula bekerja sekaligus meningkatkan produktivit anda.


4. Menjadi seorang yang lebih kreatif
Apabila anda bercuti, anda akan lihat betapa luasnya dunia ini dan pelbagai jenis ragam manusia. Melalui pengalaman dan pemerhatian di sekeliling anda, otak anda akan dapat berfikir dengan lebih aktif
dan mula untuk berfikir idea-idea baru sama ada untuk bisnes, kerja dan sebagainya. Disebabkan inilah kebanyakan pekerja atau businessman memperoleh idea terbaik mereka apabila mereka jauh dari ruangan pejabat.



5. Anda berasa lebih gembira
Sememangnya sewaktu bercuti adalah antara hari-hari yang paing gembira dalam diri anda. Perasaan gembira ini sangat penting lebih-lebih lagi jika anda kerap mengalami stress di tempat kerja. Perasaan gembira inilah yang akan membuatkan anda buat kerja dengan lebih baik, dapat berinteraksi dengan orang ramai dengan lebih friendly dan juga mengurangkan risiko untuk anda mengalami stress.


Di atas ini merupakan 5 sebab kenapa anda harus pergi bercuti. Luangkanlah masa jika berkesempatan untuk menggembirakan diri anda dan juga orang tersayang sementara mereka masih berada di samping anda.

Adakah anda dapat rasakan perkara-perkara di atas setelah anda pergi bercuti?
Boleh juga berkongsi dengan kami sekiranya anda pernah merasakan pengalaman yang lebih baik daripada perkara-perkara di atas ini...

You Only Live Once

-AB-

4 comments:

  1. nice info. Tp duit kena ada la :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tapi kalau nak jimat travel, yg dalam malaysia pun dah byk tempat best2. Seronok jugak dan boleh hilangkan stress... :)

      Delete
  2. cuti sek ni nak pi Penang sbb blom sampai ke sana. Abam Kie follows you back, orait?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh have fun abam kie. Thanks for follow back. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...