Thursday, 1 September 2016

Cara memilih bagpack terbaik

Entri ini kami akan berkongsi sedikit cara terbaik untuk anda memilih sesuatu bagpack. Adakah ianya bergantung kepada harga yang murah semata-mata? Tak semestinya...

Di sini kami akan kongsikan apa kiteria-kriteria yang sepatutnya anda ambil kira.
Kami bahagikan kepada TIGA kriteria penting iaitu:

1) Saiz bagpack
2) Ciri-ciri tambahan sebuah bagpack
3) Kesesuaian saiz badan (saiz torso)


SAIZ BAGPACK
Saiz bagpack yang perlu anda pilih selalunya bergantung kepada berapa lama sesuatu trip anda dan berapa banyak barang yang anda ingin bawa.  Dibawah ni kami berikan sedikit guide untuk anda memilih sesebuah bagpack:




a) Weekend (1-3 malam, 30-50 liters)
Jika anda merancang untuk bercuti selama 1-3 malam, bag bersaiz 30-50 liter sudah cukup sesuai untuk anda kerana beratnya yang agak ringan untuk dibawa berjalan di samping tidak membebankan anda. Walaubagaimanpun, anda perlu merancang dengan sebaiknya untuk bag bersaiz ini bagi memastikan segala barang-barang anda dapat dibawa bersama anda. Jika anda tidak berdisiplin dalam mengemas barang anda sendiri, mungkin anda akan mengalami masalah untuk memuatkan segala barang ke dalam bag kerana saiznya yang kecil.

b) Multiday (3-5 malam, 50-80 liters)
Saiz ini adalah yang paling popular dibeli oleh orang ramai. Kerana saiznya yang lebih besar, ianya sesuai untuk trip sehingga 5 hari dan sangat sesuai untuk hiking. Bag bersaiz ini juga tidak terlalu besar dan sangat mudah jika anda ingin gunakannya untuk pulang ke kampung menaiki bas atau public transport. Kepada anda yang selalu travel dan setiap trip anda tidak melebihi 5 malam, saiz bag ini sememangnya sesuai unuk anda. Lebih mudah dibawa dan cukup besar untuk mengisi barang keperluan anda.




c) Extended-trip (5+ malam, 70 liters dan ke atas)
Untuk anda yang merancang trip melebihi 5 malam dan ke atas, bagpack saiz inilah yang paling sesuai untuk anda. Lebih banyak barang boleh dimuatkan dalam bag bersaiz ini dan sangat sesuai jika anda ingin ke beberapa tempat lain dalam trip yang sama. Ini kerana ianya akan lebih memudahkan anda dengan membawa satu bag sahaja untuk diusung ke sana ke mari dalam trip tersebut.

Bag jenis ini juga sesuai jika anda ingin bercuti ke tempat-tempat yang bersalji dan memerlukan winter coat. Secara logiknya, anda akan memerlukan lebih banyak pakaian jika becuti pada musim salji. Bag bersaiz ini sesuai untuk mengisi winter coat dan pakaian extra anda.

Jika anda merupakan ibubapa kepada anak kecil dan menginginkan anak anda enjoy dengan trip percutian anda, mungkin boleh memilih untuk membeli bag bersaiz ini supaya dapat memuatkan sekali bagpack anak kecil anda terutama sekali jika anda melakukan aktiviti lasak bersama-sama.





CIRI-CIRI TAMBAHAN SEBUAH BAGPACK

Ciri tambahan atau features sesebuah bagpack mampu memberikan pengalaman yang lebih menarik pada trip anda. Ini kerana terdapat ciri-ciri bagpack yang mampu meringankan bebanan berat bag anda.

a) Hip Belt
Ini adalah salah satu ciri tambahan yang sangat membantu meringankan bebanan memikul bagpack anda. Fungsi hip belt ini adalah mengalihkan bebanan berat bag pada bahu anda ke bahagian pinggang anda. Anda akan dapat mengurangkan rasa sakit pada bahu kerana bebanan berat bag anda akan dirasakan pada bahagian pinggang anda jika memasang hip belt. Di bawah ini video menerangkan mengenai hip belt:


b) Raincover
Jika anda menjangkakan hujan semasa trip anda, ada baiknya jika bag anda tersedia dengan raincover. Ini kerana raincover dapat melindungi bag anda dan barang-barang di dalamnya daripada basah dan rasa yang tidak menyenangkan. Selain itu anda juga akan lebih mudah untuk meletakkan bag anda terutamanya di kawasan-kawasan basah seperti sewaktu anda hiking di tempat yang lembab.

c) Hydration Reservoir (Saluran minum hidrasi)
Hydration reservoir ini merupakan saluran minum yang bersambung dengan botol air anda yang diletakkan di dalam bag. Dengan adanya saluran minum ini, ianya akan memudahkan anda untuk kembali hidrat sewaktu menjalani aktiviti lasak seperti hiking terutamanya hiking yang memerluakn masa perjalanan yang panjang. Lebih mudah untuk anda kekal cergas tanpa perlu mencari-cari dan menyelongkar bag anda.


KESESUAIAN SAIZ BADAN (SAIZ TORSO)
Saiz bag yang sesuai dengan saiz badan anda akan lebih memberikan keselesaan kepada anda. Di sinilah bagusnya jika anda mengetahui sazi badan(saiz torso) anda. Di bawah ini video cara mengukur saiz torso:





Baiklah setakat itu perkongsian dan tips daripada kami bagi memilih bagpack terbaik. Harap kami dapat membantu anda dalam memilih bagpack yang sesuai dengan anda.

-AB-

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...